Video yang ditonton memaparkan aspek penglibatan murid dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) Matematik KSSR Tahun 1 bertajuk Pecahan. Pelbagai bahan maujud dimanfaatkan bagi menggalakkan penglibatan murid secara aktif dalam pelbagai hala. Murid berjaya memahami konsep satu perdua/ setengah/ separuh melalui aktiviti didik hibur yang dirancang secara berkesan oleh guru.