Video ini berfokus kepada aspek penglibatan murid dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 bagi kemahiran mendengar dan bertutur. Pemilihan aktiviti yang bersesuaian dengan keupayaan murid mewujudkan interaksi secara aktif dalam pelbagai hala seperti murid-murid, murid-guru dan murid-bahan. Penglibatan seperti ini dapat meningkatkan kemahiran berbahasa dalam kalangan murid.