Video ini memaparkan PdP mata pelajaran sains Tingkatan 4 bertajuk Variasi. Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat penilaian formatif bagi mengukur dan mengesan kemajuan murid sepanjang proses pembelajaran. Penilaian formatif disediakan secara terancang untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai. Maklum balas penilaian formatif digunakan oleh guru dalam PdP untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan segera.