Penggunaan sumber pendidikan secara terancang dan teratur dapat merangsang dan memotivasikan murid untuk memberi perhatian kepada proses pembelajaran sekaligus menjadikan proses pembelajaran menjadi lebih efektif dan berkesan. Video yang dipaparkan menunjukkan guru menggalakkan murid melayari internet sebagai sumber tambahan untuk mendapatkan maklumat untuk tujuan PdP. Pendekatan 'hands on' dan sifat inkuiri diaplikasikan dalam pembelajaran.