Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai PKR. Pengumuman itu dibuat oleh Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti itu, di Petaling Jaya. Saifuddin yang hadir pada sidang media itu merakamkan penghargaannya kepada rakan-rakan PKR kerana menerimanya sebagai anggota parti.