Kejohanan Golf Maybank Terbuka Malaysia 2015. Pemain Austria, Bernd Wiesberger berpeluang untuk meraih kejuaraan pertamanya di Malaysia apabila membenam catatan terendah 63 pukulan, 10 dibawah par petang tadi. Weisberger kini di kedudukan teratas dengan 199 pukulan, 17 di bawah par keseluruhan. Ketinggalan 2 pukulan di belakang Weisberger ialah pemain Sepanyol, Alejandro Canizares dengan 15 di bawah par keseluruhan.